Friday, June 11, 2010

Perjuangan orang melayu di bumi Malaysia


Perjuangan orang melayu di bumi Malaysia masih diteruskan bagi mempertahankan tanah air kesayangan. Pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan bagi memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang melayu di Malaysia. Pelbagai pertubuhan dan persatuan dutubuhkan di negara ini bagi membantu orang melayu yang mempunyai kesulitan.

Namun generasi melayu sekarang sudah tidak mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dalam diri masing-masing. Jika diambil contoh perjuangan orang dulu-dulu yang bersemangat waja bagi menentang penjajah-penjajah yang ingin menakluk tanah air kita. sepatutnya generasi sekarang mengambil contoh orang dulu-dulu dan meneruskan perjuangan mereka.

Kegawatan yang berlaku di dalam masyarakat Melayu sekarang ini, tidak boleh dilihat dengan kaca mata kepartian. Ia mestilah dilihat dari kaca mata sebagai orang Melayu dan Islam. Jika kita melihat cabaran yang dihadapi oleh orang-orang Melayu sekarang ini, menerusi kepentingan politik kepartian, tentunya pandangan dan pendapat yang dikemukakan tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi orang-orang Melaya keseluruhannya. Oleh itu,orang melayu dengan sendirinya perlu mencari cara bagi menangani masalah ini. Jangan terlalu bergantung dengan kuasa asing. Kerajaan perlu mencari inisiatif yang lebih cekap.

Golongan yang sepatutnya berada di barisan hadapan dalam menangani kemelut orang Melayu ialah kaum intelektual, ulama dan ilmuwan, yang sekarang ini jumlah mereka begitu besar. Tetapi, golongan ini pun mestilah bebas daripada berfikir secara kepartian terlebih dahulu sebelum mengambil tempat sebagai pemimpin perubahan masyarakat Melayu.

Gejala kehilangan idealisme perjuangan dan kelemahan dalam menjelaskan erti perjuangan, sedang terjadi sekarang ini. Inilah yang menyebabkan kebimbangan ini disuarakan. Kebimbangan yang disuarakan ini tidak boleh dianggap pesimis yang keterlaluan. Ia adalah kebimbangan yang mendorong untuk membina kembali kekuatan dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perjuangan bangsa akan berterusan.

Diedit serba sedikit dari...http://nakhaie.wordpress.com/2009/10/14/hala-mana-perjuangan-orang-melayu-ni/

Remaja perempuan merokok atasi lelaki


KUALA LUMPUR: Jumlah remaja perempuan merokok terutama yang berusia bawah 10 tahun semakin membimbangkan kerana jumlahnya kini pada tahap 28.8 peratus berbanding remaja lelaki pada umur yang sama sebanyak 14.1 peratus.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2003 itu amat membimbangkan dan menunjukkan tabiat merokok perlu dibendung segera pada peringkat awal.
Beliau berkata, antara punca tabiat merokok di kalangan remaja perempuan berleluasa ialah pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan.

“Angka ini amat membimbangkan. Walaupun ia kajian pada 2003, saya yakin jumlahnya sudah meningkat. Kita harap ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan lebih proaktif untuk memastikan trend berkenaan dibendung.

“Mereka terpengaruh dengan idea yang mengatakan rokok boleh melangsingkan badan, boleh menghilangkan tekanan dan sebagainya. Ini yang menyebabkan ramai anak gadis kita memilih untuk merokok.

“Pendapat ini salah, merokok tidak menjanjikan kecantikan fizikal atau kecanggihan. Yang ada hanyalah keburukan dan bahaya kepada kesihatan selain menambah risiko keguguran dan kelahiran bayi pramatang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010, peringkat Institut Perubatan Respiratori, di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama erat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan.

Katanya, perhatian ibu bapa saja tidak mencukupi kerana banyak masa remaja dihabiskan di sekolah atau bersama rakan dan tindakan menghukum remaja merokok kurang efektif kerana menyebabkan mereka memberontak.

Sumber : Berita Harian...Di sini

Pembuangan Bayi


Sekarang ni kes pembuangan bayi boleh dikatakan tiap hari,minggu atau bulan ada saja beritanya keluar di tv ataupun surat khabar. Apa jenis manusia yg sanggup buat perkara terkutuk macam ini.
Tempat- tempat pembuanganbiasanya adalah di dalam tong sampah, di pasar raya, di belakang pasaraya, di surau, di dalam semak, di dalam tandas, di perhentian bas dan sebagainya. Pandangan Terhadap Pengguguran Dan Pembuangan Bayi Pengguguran seperti yang dijelaskan ialah bermaksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan ( sembilan bulan untuk manusia ) yang mengakibatkan kemusnahan janin.

Demam bola bermula


CAPE TOWN: Sejak enam tahun lalu, Afrika Selatan mula menghitung setiap jam untuk membuat persiapan menjelang bermula sepak mula bersejarah Piala Dunia.

Ramai rakyatnya yang bimbang negara itu tidak akan bersedia, dengan timbul cakap-cakap tahun lalu supaya kejohanan itu berpindah ke negara lain.
Tidak syak lagi, ia menjadi ujian persiapan, dengan kebimbangan terhadap jenayah, infrastruktur pengangkutan, penginapan dan kawalan keselamatan tetapi selepas enam tahun diberikan hak penganjuran buat kali pertama di bumi Afrika, Afrika Selatan semakin hampir memenuhi tanggungjawab.
Pasukan terakhir daripada 32 negara yang mengambil bahagian, sudah tiba menjelang perlawanan pembukaan hari ini dan berbilion peminat seluruh dunia sudah bersiap sedia untuk berpesta selama sebulan sambil menyokong dan menyaksikan bintang kegemaran mereka.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter berkata, masanya sudah tiba untuk fokus dan merasai demam bola sepak.

“Kami dapati kami berada dalam situasi yang sukar digambarkan. Lebih penting, kejohanan ini akan menjadi bukti bahawa Afrika Selatan dan benua Afrika mampu menganjurkan acara yang sebegini besar.”

Tiga tahun selepas pusingan kelayakan yang membabitkan 204 negara, perlawanan pembukaan di antara tuan rumah dengan Mexico akan bermula di stadium berkapasiti 90,000 tempat duduk - Soccer City di Johannesburg. - AFP


Sumber : Berita Harian.. Di sini

Majlis perkahwinan diserang, 40 maut


KANDAHAR 10 Jun - Sekumpulan pihak yang tidak dikenali melancarkan serangan nekad ke atas satu majlis perkahwinan di selatan Afghanistan lewat malam tadi, meragut 40 nyawa dan 74 yang lain cedera.

Menurut pegawai, butiran insiden itu di wilayah Kandahar serta motif serangan masih belum jelas, tetapi pemberontak sering menjadikan pegawai kerajaan dan polis di kawasan yang dikuasai Taliban itu sebagai sasaran serta menggunakan keganasan ke atas orang awam bagi menakut-nakutkan mereka.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Zemeri Bashary berkata, letupan itu berlaku pada pukul 9 malam waktu tempatan di daerah Arghandab, utara Kandahar.

Katanya, pengantin lelaki dan wanita, bagaimanapun terselamat.

Wilayah Kandahar merupakan kubu kuat Taliban yang bakal menjadi fokus operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Taliban, Qari Yousef Ahmadi menafikan kumpulannya terlibat dalam serangan itu.

Jurucakap tentera AS Kolonel Wayne Shanks berkata, insiden itu bukan disebabkan serangan udara AS.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam satu kenyataan berkata, tiada anggota daripada pakatannya terlibat dalam serangan tersebut.

Seorang mangsa yang terselamat, Agha Mohammed berkata, tetamu sedang menikmati jamuan pada majlis perkahwinan itu apabila satu letupan berlaku, mengakibatkan satu bola api besar serta asap berkepul naik ke udara.

Katanya, skala serangan itu lebih serius berbanding letupan serangan biasa. - AP


Sumber : Utusan Malaysia..Di sini

KURSUS ASAS BLOG & MEDIA BARU

Felda Cerul: hari ini diadakan Kursus Asas Blog & Media Baru di Sek Keb Felda Cerul. Ia diadakan selama 2 hari iaitu pada 11 & 12 JUN 2010. Kursus ini dijalankan di bilik komputer Sek Keb Felda Cerul. Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Kemaman, Majlis Belia Felda Malaysia ( MBFM ), Wilayah Terengganu. Disertai oleh 25 orang dengan pelbagai peringkat umur.