Friday, June 11, 2010

Perjuangan orang melayu di bumi Malaysia


Perjuangan orang melayu di bumi Malaysia masih diteruskan bagi mempertahankan tanah air kesayangan. Pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan bagi memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang melayu di Malaysia. Pelbagai pertubuhan dan persatuan dutubuhkan di negara ini bagi membantu orang melayu yang mempunyai kesulitan.

Namun generasi melayu sekarang sudah tidak mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dalam diri masing-masing. Jika diambil contoh perjuangan orang dulu-dulu yang bersemangat waja bagi menentang penjajah-penjajah yang ingin menakluk tanah air kita. sepatutnya generasi sekarang mengambil contoh orang dulu-dulu dan meneruskan perjuangan mereka.

Kegawatan yang berlaku di dalam masyarakat Melayu sekarang ini, tidak boleh dilihat dengan kaca mata kepartian. Ia mestilah dilihat dari kaca mata sebagai orang Melayu dan Islam. Jika kita melihat cabaran yang dihadapi oleh orang-orang Melayu sekarang ini, menerusi kepentingan politik kepartian, tentunya pandangan dan pendapat yang dikemukakan tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi orang-orang Melaya keseluruhannya. Oleh itu,orang melayu dengan sendirinya perlu mencari cara bagi menangani masalah ini. Jangan terlalu bergantung dengan kuasa asing. Kerajaan perlu mencari inisiatif yang lebih cekap.

Golongan yang sepatutnya berada di barisan hadapan dalam menangani kemelut orang Melayu ialah kaum intelektual, ulama dan ilmuwan, yang sekarang ini jumlah mereka begitu besar. Tetapi, golongan ini pun mestilah bebas daripada berfikir secara kepartian terlebih dahulu sebelum mengambil tempat sebagai pemimpin perubahan masyarakat Melayu.

Gejala kehilangan idealisme perjuangan dan kelemahan dalam menjelaskan erti perjuangan, sedang terjadi sekarang ini. Inilah yang menyebabkan kebimbangan ini disuarakan. Kebimbangan yang disuarakan ini tidak boleh dianggap pesimis yang keterlaluan. Ia adalah kebimbangan yang mendorong untuk membina kembali kekuatan dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perjuangan bangsa akan berterusan.

Diedit serba sedikit dari...http://nakhaie.wordpress.com/2009/10/14/hala-mana-perjuangan-orang-melayu-ni/

No comments:

Post a Comment